
Pasaran komputer di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan bermacam-macam jenama dan model diperkenalkan, tetapi pastinya alat tetikus amat penting sekali jika ingin mengoperasikan sesebuah komputer. Lantas, Logitech yang lebih dari 30 tahun pengalaman ini ingin menampilkan tiga model terbaru yang amat sesuai digunakan untuk permainan dan kerja.
Pada masa yang sama, Logitech juga mengumumkan ciri Logitech Flow iaitu sebuah perisian yang membolehkan anda mengawal tiga buah komputer pada masa yang sama. Malah anda juga boleh copy dan paste kandungan fail di antara ketiga-tiga buah komputer ini. Logitech Flow menawarkan antaramuka yang mudah digunakan oleh semua peringkat pengguna.

Logitech MX Master 2S dan Logitech MX Anywhere 2S mampu meningkatkan ciri pengesan Darkfield™ yang mempercepatkan kelajuan serta ketepatan cursor dan menaikkan resolusi kepada 4,000dpi supaya pengguna mendapat pengalaman yang baik tidak kira di mana jua sekalipun.

Selain itu, Logitech MX Master 2S mempunyai roda scroll yang dapat mengheret dokumen panjang atau muka laman sesawang dengan lebih mudah. Selain itu, roda ibu jari juga diletakkan di sebelah menyebelah untuk fungsi pilihan Logitech.

Kedua-dua ini telah direka untuk kesesuaian keselesaan di tangan dalam posisi yang neutral. Logitech MX Master 2S dijual pada harga RM449 dan Logitech MX Anywhere 2S pada harga RM339. Sebagai tambahan, tetikus Logitech M585 Multi-Device akan berada pada pertengahan bulan Jun di Lazada dengan RM139.