Industri keusahawanan teknologi Malaysia kini semakin rancak dengan kehadiran AppShack secara rasminya di Malaysia. Dirasmikan oleh oleh Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, majlis yang gilang gemilang ini berjaya menarik minat dengan kehadiran ramai usahawan dari pelbagai bidang. Menggabungkan teknologi dan kepakaran bisnes, AppShack menawarkan platform bagi membolehkan yang ingin membangunkan idea inovatif dengan bantuan nasihat dan bimbingan. Menerusi platform ini, pemohon yang berjaya berpeluang untuk membina hubungan dengan pelabur-pelabur dan rakan-rakan kongsi yang yakin dengan idea-idea mereka.

Program realiti ini akan bermula pada hujung Mac 2016 dan dihakimi oleh keempat-empat orang pengasas syarikat ini. Ia bertujuan merangsang keyakinan mereka yang terpilih menerusi nasihat, kritikan serta pandangan yang dberikan terhadap pembentangan mereka. Kepada yang berminat untuk memohon, boleh ke laman rasmi www.appshack.asia, atau laman soslal www.facebook.com/appshackasia.

