HONOR Hunter V700 Kini Diperkenalkan – Tampil Dengan NVIDIA GeForce RTX 2060!

158

Buat kaki game, ada sesuatu yang menarik apabila HONOR telah memperkenalkan peranti gaming terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR Hunter V700.

Peranti ini dihadirkan dengan kuasa pemproses yang sangat baik iaitu Intel Core i7-10750H dan saiz skrin yang besar iaitu 16.1″ dan tampil dengan kadar segar semula 144Hz.

BUkan itu sahaja, ia juga dihadirkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 dan dipadankan dengan RAM sebesar 16GB dan storan sehingga 1TB.

Buat masa ini, ia hanya tersedia di pasaran China dan belum diketahui lagi bilakah ia akan dipasarkan di peringkat global. Jadi, sama-sama kita nantikan!!