Apple Dan Nokia Selesaikan Isu Pertikaian, Seterusnya Bekerjasama…

Pertikaian yang bertahun-tahun di antara syarikat gergasi Apple dan syarikat lagenda, Nokia sudah diselesaikan. Malah, mereka turut menandatangani kertas kerja dan akan bekerjasama bagi memajukan lagi produk dan jenama masing-masing.

Menurut Maria Varsellona, Ketua Pegawai Undang-undang Nokia, kerjasama ini amat bermakna buat Nokia dan Apple. Tambahan lagi, hubungan ini akan berubah daripada perbalahan kepada rakan kerja bagi memberi manfaat kepada pengguna. Dibalas dengan Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams bahawa mereka menamatkan pertikaian ini dan ingin mengembangkan lagi perniagaan bersama-sama Nokia.

Isu pertikaian antara mereka bermula dengan masalah paten dalam reka bentuk produk, di samping itu, Nokia juga akan menerima wang pendahuluan daripada Apple dalam masa terdekat ini. Sementara itu, Nokia pula akan menyediakan infrastuktur rangkaian produk dan perkhidmatan kepada Apple. Selain itu, Apple akan membawakan produk kesihatan digital Nokia di kedai-kedai Apple kelak.

You might also like