Google Pixel 3a Dan 3a XL Kini Dirasmikan, Beri Prestasi Yang Lancar Dengan Cip Pemproses SnapDragon 670

989
- Iklan -

Berita baik buat peminat Google Pixel apabila Google Pixel 3a dan 3a XL telah dilancarkan secara rasmi. Apa yang pasti kedua-dua peranti ini disertakan dengan cip Snapdragon 670.

Bagi Google Pixel 3a XL dihadirkan dengan skrin 6 inci OLED FHD+, dan menerima sokongan memori 4GB dan storan 64GB. Dari aspek kamera pula ia disertakan dengan 12MP (f/1.8) dan kamera hadapan pula 8MP. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 3700mAh yang mana ia menyokong pengecasan pantas 18W.

Dalam pada itu, Google Pixel 3a pula disertakan dengan skrin 5.6 inci OLED FHD+. Ia juga disertakan dengan RAM sebesar 4GB dan 2 pilihan storan iaitu 64GB dan 128GB. Dari aspek kamera pula ia disertakan dengan 12MP (f/1.8) bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri pula lebih kecil berbanding Google Pixel 3a XL apabila ia disertakan dengan bateri sebesar 3000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Harga jualan bagi Google Pixel 3a adalah bermula dari $399 (kira-kira RM1655) dan harga Google Pixel 3a XL pula bermula dari $479 (kira-kira RM1988). 3 warna yang ditawarkan ialah Just Black, Clearly White dan Purple-ish.