LG Styler – Penjagaan dan Pembersihan Lengkap Pakaian Untuk Keluarga di Malaysia Sedia Untuk Tempahan Awal

LG Electronics (LG), pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah mengekalkan keunggulan dalam pasaran ini dengan memperkenalkan LG Styler premium, yang juga dikenali sebagai ‘Almari Pintar’ ataupun ‘Smart Wardrobe’ bagi pasaran di Malaysia. LG Styler adalah almari pintar yang menjanjikan ‘Gaya Dalam Pembersihan’
ataupun ‘Hygiene in Style’ menggunakan teknologi canggih bagi mengekalkan kebersihan dan kesegaran pakaian, di samping mengekalkan jangka hayat pakaian.

Pelanggan boleh membuat tempahan awal dalam pembelian LG Styler ini bermula 17 sehingga 31 Julai 2021 dengan tawaran harga diskaun sebelum pelancarannya pada 1 Ogos 2021. Sebanyak 50 pelanggan pertama yang membuat pembelian LG Styler semasa dalam tempoh tempahan awal ini akan menerima Penulen Udara 360° LG PuriCare secara percuma.

Dikenali sebagai salah satu produk yang mempunyai rekabentuk yang anggun dari Red Dot Awardtahun ini, LG Styler mengenengahkan rekabentuk yang moden dan terperinci dari segi bentuk dan fungsinya, di samping memenuhi kehendak pelanggan melalui penggunaan teknologi terkini dan fungsinya dalam kebersihan dan penjagaan pakaian.

LG ThinQ™: LG ThinQ™ adalah teknologi yang membenarkan anda mengawas pakaian anda di mana anda berada pada setiap masa menggunakan telefon pintar anda. Hubungkan LG Styler™ kepada aplikasi LG ThinQ menggunakan Wi-Fi dan anda sudah boleh mengawal penggunaan tenaga atau menambah pusingan penjagaan yang baru menggunakan CycleDownload. Aplikasi ini juga akan memberi anda pemakluman apabila pakaian anda telahdibersihkan dan sedia untuk dipakai.

Mesra Alam Sekitar: LG Styler menggunakan teknologi TrueSteam yang beroperasi menggunakan hanya air, tanpa bahan kimia. Sistem pam habanya juga kurangmenggunakan tenaga bagi tujuan pengeringan. Ia bukan hanya menjimatkan tenaga dan kos, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.

You might also like