- Iklan -

Snapchat Memperkenalkan Pencipta Augmented Reality Muslimah Pertama di Malaysia!

- Iklan -

Pernahkah meluangkan masa untuk mencari Lens yang seronok, luar biasa, dan cantik untuk memperhebatkan kandungan swafoto untuk dikongsikan dengan rakan-rakan? Anda tidak keseorangan! Sama ada anda ingin berubah menjadi watak anime kegemaran,, atau menambah ‘mekap’ kepada wajah anda, Lens Creator Realiti Berperantara ataupun Augmented Reality (AR) seperti Yong Nurain boleh menjadikan semua ini kenyataan melalui
Snapchat, Yong Nurain, lebih mesra disapa Ain atau ‘Yukine Suzu’ di Snap menyertai komuniti Lens Creator (Lens Creator) di Snap Lens Network, sekaligus menjadi muslimahpertama di negara ini. Ain telah menyertai ahli Lens Creators, Developers, dan Partners yang lain untukmencipta dan berkongsi Lens mereka bagi mengujakan komuniti ‘Snapchatter’.

Snap Lens Network merupakan sumber ilham pelbagai Lens AR yang unik dan inovatif di Snapchat yang terus mengembangkan rangkaian Lens AR di platform tersebut, membolehkan para ‘Snapchatter’ mentransformasi dunia di sekeliling dengan kesan 2D dan 3D, pelbagai objek, watak serta transformasi menarik. Mereka memiliki akaun rasmi di Snapchat, di mana para peminat boleh melanggani Lens mereka dan menikmati lebih
kandungan hebat.

Sebagai seorang Lens Creator, Ain memberi sentuhan unik sebagai seorang Muslim dan anak Malaysia kepada Lens ciptaanya untuk dipamerkan di pentas antarabangsa, sekaligus menonjolkan keunikan sambutan kebudayaan kita seperti Ramadan dan Aidilfitri kepada rakan-rakan Pencipta lain serta ‘Snapchatter’ di seluruh dunia.
Menuju impian sebagai Lens Creator Pengembaraan AR Muslimah ini bermula apabila beliau mula berjinak-jinak dengan Lens Studio yang merupakan aplikasi desktop percuma oleh Snapchat, di samping menghasilkan Lens sendiri. Berbekalkan ijazah sarjana Sains Komputer, terdetik di hatinya untuk menggabungkan minat dalam multimedia dengan rekaan melalui latihan amali bersama sebuah agensi AR tempatan, di mana beliau mula mengenali Lens Studio dan Snap Lens Network.

Lama-kelamaan setelah cuba menghasilkan Lens sendiri dan mendalami dunia AR, beliau dijemput untuk menyertai Snap Lens Network sebagai Lens Creator. Hari ini, Ain berkongsi Lens ciptaanya yang kreatif lagi unik dengan komuniti ‘Snapchatter’ di seluruh dunia, menerusi pelbagai Lens yang menyerlahkan keunikan budaya Malaysia dan anime.

AR semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 50% Gen Z dan Millenial dijangka akan menjadi pengguna AR yang aktif menjelang tahun 2025. Seperti Gen Z yang lain, Ain berharap rakyat Malaysia dapat menggunakan AR untuk berkomunikasi, menikmati permainan video, dan menginspirasikan aplikasi kreatif.

Sesiapa sahaja boleh menjadi Lens Creator Snap Lens Network merangkumi ahli Lens Creators, Developers, dan Partners yang dikenal pasti dan dipilih oleh Snap berdasarkan penyertaan aktif dalam forum, serta kepakaran
dalam bidang seperti pengaturcaraan interaktif, pemodelan 3D/animasi, seni teknikal, ilustrasi, dan sebagainya. Selain Lens yang menyeronokkan, Lens Creator dalam Snap Lens Network bukan sahaja mendapat akses awal kepada ciri-ciri Lens Studio yang terbaharu, tetapi berpeluang bekerjasama dengan pelbagai jenama bagi menghasilkan kes kegunaan AR – seperti pengalaman percubaan langsung untuk jenama fesyen, atau Lens yang
menggambarkan isu-isu alam sekitar untuk kempen kesedaran.

Anda tidak perlu menyertai Snap Lens Network untuk menghasilkan Lens – sesiapa sahaja yang berminat dengan teknologi AR mampu melakukannya! Sama ada pembelajaran kendiri dengan sumber percuma atau ‘bereksperimen’ dengan templat di Lens Studio, anda juga boleh menghasilkan Lens sendiri untuk dinikmati bersama sahabat handai!
Ain berjaya menangkis sterotaip bahawa teknologi hanya didominasi oleh kaum lelaki.

Beliau mengimbangi tuntutan kerja dan gaya hidup kreatif – bekerja di sebuah klinik pada waktu siang, dan mengunakan kreativitinya pada waktu lapang sebagai Lens Creator dengan merealisasikan idea dan cetusan inspirasinya sebagai Lens yang menakjubkan.

- Iklan -

You might also like