
Google Bakal Tawar Mod Incognito Bagi Aplikasi Google Maps Dan Search, Beri Lebih Prvasi Kepada Pengguna
Privasi pastinya indikator yang penting pada zaman internet ini. Justeru Google tidak mahu ketinggalan dalam menyediakan perkhidmatan ini kepada pengguna dengan menyediakan mod inkognito bagi beberapa aplikasi milik mereka.
Mod inkognito yang terkenal bagi pelayar web Google Chrome yang mana ia memastikan tiada data yang dipantau ketika ia diaktifkan dan secara langsung menawarkan lebih privasi. Tiada data yang disimpan di dalam Google Activity.
Justeru, menurut Google ciri ini bakal diperkenalkan pada aplikasi Google Maps dan Google Search dalam masa terdekat. Jadi sama-sama kita nantikan kemaskini terbaharu ini.

