
Anda sudah tidak sabar untuk memiliki peranti terbaharu daripada HUAWEI iaitu siri HUAWEI P40, HUAWEI Mate Pad Pro dan HUAWEI Watch GT 2e!! Kini anda boleh melakukan pra tempahan bermula hari ini.
Siri HUAWEI P40
Mereka yang melakukan pra tempahan siri ini akan menikmati pelbagai hadiah percuma yang bernilai RM1300 antaranya Cloud storage 50GB, HUAWEI Freebuds 3, waranti selama 1 tahun, perlindungan skrin sebulan dan langganan 3 bulan secara percuma bagi HUAWEI Video, charging cas tanpa wayar bagi HUAWEI P40 dan supercharge kereta tanpa wayar.
Siri telefon ini akan tersedia pada warna Deep Sea Blue, Blush Gold, dan Silver Frost dan ia berharga RM2,799 (HUAWEI P40) dan RM3,899 (HUAWEI P40 Pro).
HUAWEI MatePad Pro
Menariknya, anda boleh menerima hadiah bernilai RM1000 yang mana ia termasuklah M-Pen, papan kekunci dan langganan HUAWEI Video selama 3 bulan.
Peranti ini bakal dijual pada harga RM2,399 (8GB RAM + 256GB ROM + edisi WiFi) dan akan tersedia dengan varian warna PEarl White dan Midnight Green.
HUAWEI Watch GT 2e
Menariknya, jam tangan pintar ini dijual pada harga RM599 dan tersedia dalam 2 varian warna iaitu Graphite Black dan Mint Green. Bagi setiap pra tempahan, anda akan menerima tali jam percuma yang bernilai RM68.