SKMM Mengegaskan Bahawa Mereka Tidak Memantau Kandungan WhatsApp Pengguna

824
- Iklan -

Suruhanjaya komunukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa mereka memantau dan mengintip kandungan mesej bagi individu tertentu.

Menurut SKMM, mereka tidak memantau kandungan di dalam WhatsApp dan menasihatkan agar pengguna tidak mudah percaya dengan berita yang tidak sahih.

Terdapat pelbagai aplikasi yang menyokong penyulitan penuh dan ini termasuklah WhatApps. Justeru hanya pemilik peranti sahaja yang boleh melihat mesej yang dihantar dan dibaca.