
realme X50 Pro 5G Sokong Kamera Selfie 32MP Dengan Penstabilan Video
realme sekali lagi terus mengacah orang ramai mengenai peranti baru mereka – realme X50 Pro 5G Terkini, mereka mendedahkan mengenai persediaan kamera hadapan pula di mana tiba dengan persediaan dwi kamera selfie. Lensa utama adalah sensor 32MP manakala kamera yang kedua adalah lensa ultra sudut lebar.

Menariknya, lensa ultra sudut lebar ini mempunyai sudut pandangan mencecah 105 darjah dan menyokong teknologi UIS Max Super Video Stabilization. Seperti namanya, ia dijangka menjadi alat penstabilan video yang akan membantu rakaman menjadi lebih sempurna walaupun dalam keadaan bergerak. Sebagai tambahan, lensa sudut lebar ini juga bantu menangkap bingkai lebih luas secara keseluruhannya.

