
Jenama THUNDEROBOT secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia. Ia adalah sebuah jenama yang ditubuhkan pada tahun 2014 di China yang menghasilkan komputer khususnya laptop gaming dan aksesori seangkatan dengannya. Walaupun usianya tiga tahun dalam dunia perkomputeran, THUNDEROBOT kini sudah dikenali di negara Taiwan, Hong Kong, dan Eropah.

Malaysia yang dipilih sebagai pasaran pertama di Asia Tenggara hari ini menerima empat model laptop gaming antaranya THUNDEROBOT Dino, 911GT, 911SE, dan yang terlaris ST PLUS. Kesemua laptop ini dikuasakan oleh pemproses Generasi ke-7 Intel Core dan sistem grafik NVIDIA GeForce GTX10.
Laptop gaming THUNDEROBOT diperkenalkan dengan rekaan yang futuristik di samping reka bentuk yang elegan serta ringan.
THUNDEROBOT Dino

Model ini merupakan imej tumpu yang hadir dengan spesifikasi teratas bersama binaan berasaskan logam berwarna kelabu. Diperkasakan menerusi Generasi ke-7 Intel Core i7-7700HQ dan NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB, ia juga turut dimuatkan memori RAM 16GB DDR4 (2x8GB) untuk menyokong ciri permainan realiti maya (VR). Storan pula menawarkan HDD 1TB dan SSD 256GB.
Dino tampil dengan skrin IPS 15.6-inci HD penuh dan sistem penyejukan dwi kipas dan empat penebat haba tembaga. Papan kekunci lampu belakang pula boleh menghasilkan 16.8 juta warna.
THUNDEROBOT Dino dijual pada harga RM8,899 seunit.
THUNDEROBOT 911GT

Direalisasikan daripada kereta perlumbaan, model ini membawakan paparan IPS bersaiz 17.3-inci dengan sudut pandangan 178-darjah. Integrasi subwoofer pada sistem audio meningkatkan lagi hiburan pada laptop gaming ini.
911GT dimuatkan dengan pemproses Intel Core i7-7700HQ bersama grafik NVIDIA GeForce GTX1060 6GB. Memori RAM 16GB DDR4 (2x8GB) turut digandingkan dengan storan HDD 1TB dan SSD 256GB.
THUNDEROBOT 911GT dijual pada harga RM7,099 seunit.
THUNDEROBOT 911SE

Model ini pula disasarkan kepada golongan permulaan, Pada prestasi yang sedikit rendah, ia menempatkan pemproses Intel Core i5-7300HQ dan NVIDIA GeForce GTX1050 Ti 4GB. Dengan RAM 8GB DDR4, laptop ini menyediakan paparan seluas 15.6-inci HD penuh.
Dengan rekaan poligon seberat 2.37kg, laptop ini hadir dengan storan HDD sebanyak 1TB dan SSD 128GB. Bukan sahaja dari segi dalaman, luaran laptop ini juga diserlahkan dengan nyalaan logo LED berlampu.
THUNDEROBOT 911SE dijual pada harga RM4,499 seunit.
THUNDEROBOT ST PLUS

Ini merupakan model terlaris dan popular pernah dikeluarkan. Pada kuasa yang tidak begitu ekstrem, laptop ini dijana oleh Intel Core i7-7700HQ. Sistem grafik yang imersif dibantu menerusi NVIDIA GeForce GTX1050 Ti 4GB dan RAM 8GB DDR4.
Skrin standard bersaiz 15.6-inci HD penuh turut membawakan papan kekunci lampu belakang sebanyak 16 juta warna.
THUNDEROBOT ST PLUS dijual pada harga RM4,899 seunit.
Pihak THUNDEROBOT juga menyatakan mereka bakal membawa masuk aksesori tambahan seperti papan kekunci, tetikus, dan fon kepala tidak lama lagi ke Malaysia. Bagi pembelian di kedai rasmi di Lazada, THUNDEROBOT kini membuat promosi dengan setiap pembelian akan menerima hadiah aksesori bernilai RM199.
Jika anda ingin membelek-belek produk-produk yang ditawarkan boleh terus ke kedai dilantik seperti dibawah :
- Thunder Match Technology – Mid Valley Megamall dan Sunway Pyramid
- Brighstar Computer – Plaza Low Yat
- PC Image – Wisma Sarbekas, Kuching
- Top Macro – Karamunsing Complex, Kota Kinabalu
- Monaliza & Mastura Enterprise – Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan
- Aidea.com Technology – Panju Curve Business Park, Terengganu
- IT Comp – Mines Wellness City, Seri Kembangan
- My Computer System – Digital Mall, Petaling Jaya
- My IT Computer – 9 Avenue, Nilai
- C-Zone – Plaza Low Yat dan IOI City Mall
- EIT Lifestyle – Jalan Sutera Tanjung, Skudai

