Samsung Galaxy A8(2018) & Galaxy A8+ (2018) Mula Dijual Pada Harga RM1,799 Dan RM2,499

1612
Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8+ kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM1,799 dan RM2,499.

Selepas mengumumkan kemunculan dua model terbaru dari siri Galaxy A8 (2018) pada Disember 2017 yang lepas, Samsung Malaysia telah melancarkan ketersediaan dua model terbarunya iaitu Galaxy A8 (2018) dan juga Galaxy A8+ (2018) untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy A8 (2018) akan dijual pada harga RM1,799, manakala Galaxy A8+ (2018) pula boleh dimiliki pada harga RM2,498 mulai 19 Januari ini. Kedua-dua model ini tersedia dalam warna Black, Gold dan Orchid Gray.

Sokongan dwi kamera depan 16MP + 8 MP dengan Aperture f/1.9 menjanjikan hasil gambar swafoto yang jauh lebih baik.

Bagi menghargai pembeli terawal kedua-dua model ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM417 iaitu powerbank 10,000 mAh dan juga kad memori berkapasiti 64GB bermula 19 hingga 21 Januari 2018 ini.

Pengiktirafan IP68 menjanjikan ciri kalis air sepenuhnya pada kedua-dua model ini.
Spesifikasi Samsung Galaxy A8 (2018):
  • Infinity Display 5.6” Super AMOLED FHD+ (1080 x 2220 piksel)
  • Exynos 7885 Octa-core (2 x 2GHz + 6 x 1.6GHz)
  • Android 7.1.1 Nougat / Samsung Experience 8.5
  • RAM 4GB / ROM 32GB (microSD hingga 256GB)
  • Dwi kamera depan 16MP + 8MP FF f/1.9
  • Kamera belakang 16MP f/1.7 PDAF / LED flash
  • Video 1080p @ 30fps
  • Bluetooth 5.0 / FM Radio / USB Type-C
  • IP68 / Corning Gorilla Glass
  • Pengecaman Wajah / Pengimbas Jari
  • 2x slot nanoSIM + 1x slot microSD
  • Bateri 3,000mAh / Adaptive Fast Charging
  • Ukuran 149.2 x 70.6 x 8.4 mm
  • Berat 172 g
Spesifikasi Samsung Galaxy A8+ (2018):
  • Infinity Display 6.0” Super AMOLED FHD+ (1080 x 2220 piksel)
  • Exynos 7885 Octa-core (2 x 2GHz + 6 x 1.6GHz)
  • Android 7.1.1 Nougat / Samsung Experience 8.5
  • RAM 6GB / ROM 64GB (microSD hingga 256GB)
  • Dwi kamera depan 16MP + 8MP FF f/1.9
  • Kamera belakang 16MP f/1.7 PDAF / LED flash
  • Video 1080p @ 30fps
  • Bluetooth 5.0 / FM Radio / USB Type-C
  • IP68 / Corning Gorilla Glass
  • Pengecaman Wajah / Pengimbas Jari
  • 2x slot nanoSIM + 1x slot microSD
  • Bateri 3,500mAh / Adaptive Fast Charging
  • Ukuran 159.9 x 75.7 x 8.3 mm
  • Berat 191 g