- Iklan -

[BOCOR] : Huawei Nova 4 Mempunyai 4 Pilihan Warna?!

Selang beberapa hari sebelum Huawei Nova 4 didedahkan secara rasmi, telah banyak maklumat mengenai peranti tersebut yang telah tertiris di media sosial.

Terbaru, beberapa imej mengenai Nova 4 pula tertiris yang memperlihatkan butiran terkini mengenai peranti tersebut. Nova 4 akan menjadi peranti pertama Huawei yang datang dengan panel lubang kecil pada paparan bagi menempatkan kamera hadapan.

Selain itu, ia juga akan didatangkan dalam empat pilihan warna cerun iaitu hitam, merah jambu, biru dan putih. Ianya juga dilihat bakal mempunyai sokongan tri-kamera utama – salah satunya membawakan sensor tinggi iaitu 48MP. Pengimbas cap jari juga diposisikan pada bahagian belakang peranti.

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:
You might also like