
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kini menawarkan Aplikasi Ibadat, yang merupakan sebuah aplikasi mudah alih komprehensif bagi membantu pengguna beragama Islam menunaikan tanggungjawab ibadah mereka dengan mudah melalui fungsi-fungsi seperti paparan waktu solat, serta petunjuk arah kiblat yang tepat.
Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh semua pengguna termasuk yang bukan pelanggan Digi. Ibadat mempunyai fungsi-fungsi lain yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna Muslim secara percuma termasuk teks al-Quran yang lengkap dengan audio, serta pengesan lokasi masjid yang berhampiran. Para pelanggan Digi juga mempunyai pilihan untuk melanggani pakej premium yang menawarkan lebih banyak informasi serta pelbagai kandungan yang relevan dengan aktiviti ibadah harian mereka.
Hanya dengan RM0.50 setiap minggu, atau RM1.50 setiap bulan, pelanggan Digi boleh mengakses fungsi yang lain seperti notifikasi Azan, koleksi doa, kalendar Islam termasuk maklumat mengenai hari-hari cuti bagi warga Muslim, kalkulator Zakat, pedoman harian, kalendar Ramadan yang lengkap dengan waktu Iftar, dan banyak lagi.
Apa yang lebih menarik ialah setiap kali bulan Zulhijjah, pengguna juga boleh menonton secara langsung jemaah haji mengerjakan ibadah di Mekah dan Madinah menerusi aplikasi tersebut. Mereka juga boleh memuat turun pelbagai koleksi kandungan Islamik seperti gambar latar dan animasi.
Aplikasi Ibadat kini boleh dimuat turun menerusi peranti Android di Play Store manakala versi iOS pula akan ditawarkan dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Ibadat dan perkhidmatannya, sila kilik di sini.