
Spesifikasi vivo Y17 Tersebar – Sokong Bateri 5,000 mAh + Kamera Hadapan 20MP?
Media sosial kini dibanjiri dengan update mengenai ketirisan vivo Y17 yang mendedahkan sejumlah spesifikasi utama peranti. vivo Y17 dijangka hadir dengan paparan 6.35 inci HD+ bersama takuk kecil, dijana chipset MediaTek Helio P35 dan sokong memori 4GB RAM + 128GB ROM.
vivo Y17 juga dijangka diperkemas dengan kamera selfie 20MP dan tiga kamera utama 13MP + 8MP + 2MP. Kamera utama disusun secara menegak dan terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Selain itu, model ini juga dijangka dibina dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh+ sokongan pengecasan pantas. Pun begitu, setakat ini masih tiada pengesahan sama ada ia menggunakan USB-C atau port microUSB.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ dan tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Segala-galanya bakal terjawab saat tuan empunya badan sendiri muncul. Stay tuned!
[SUMBER]

