Facebook News Feed: Memaparkan Perkongsian Daripada Rakan-Rakan Berbanding Facebook Pages

2Facebook sering membuat perubahan pada paparan News Feed mereka. Terkini, Facebook mengumumkan algoritma terbaru untuk News Feed yang akan lebih memaparkan perkongsian daripada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook, berbanding dengan perkongsian daripada Facebook Pages.

Apa yang kita sedia maklum, Facebook ingin menghubungkan lebih ramai pengguna melalui platform mereka. Dengan perubahan ini, ia memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkongsian dan kemas kini daripada rakan-rakan di laman sosial.

Facebook turut memberitahu, Facebook Pages mungkin akan mengalami perubahan yang sedikit dalam membawa pautan keluar ke sesuatu web. Facebook meminta para pemilik Facebook Pages untuk memaparkan kandungan yang boleh membuatkan pengguna berinteraksi melaluinya, sekali gus menjadikan perkongsian tersebut dapat dilihat oleh lebih ramai lagi.

You might also like