SanDisk Mendahului Pasaran Memori Tambahan microSD Sebesar 256GB & Pindahan Data Lebih Pantas

SanDisk hari ini telah memperkenalkan dua kad memori tambahan microSD 256GB dengan masa pindahan data 10x yang lebih pantas, sekali gus mendahului pasaran semasa.

Sandisk ExtremeKad memori pertama keluaran SanDisk adalah Extreme SD UHS-I yang menawarkan pindahan data, baca dan tulis sepantas 90MB/s dan 60MB/s. Menurut jurucakap Sandisk lagi, kad memori ini mampu menyimpan selama 14 jam video berdefinasi Ultra HD 4K.

UltraSanDisk turut memperkenalkan kad UHS-I Edisi Premium iaitu SanDisk Ultra microSD UHS-I yang mempunyai kadar pindahan data sedikit perlahan iaitu 95MB/s, tetapi pengguna masih boleh memindahkan sehingga 1,200 gambar kurang daripada 1 minit. Berbeza dari model Sandisk Extreme, SanDisk Ultra hanya menawarkan masa simpanan video HD penuh sehingga 14 jam.

Kedua-dua kad memori yang diperkenalkan ini kalis air, hentakan, X-Ray dan juga panas melampau. SanDisk Ultra akan mula dipasarkan mulai Ogos 2016 dengan harga USD 149.99 (kira-kira RM 601), manakala Sandisk Extreme pula akan dilancarkan dalam tahun ini pada harga USD 199.99 (kira-kira RM 802).

SanDisk Ultra

Sandisk Extreme

 

 

You might also like