
iPhone 512GB Memang Wujud!
iPhone merupakan satunya-satunya model telefon pintar yang tidak pernah menyediakan storan tambahan kepada pengguna mereka sejak azali. Setakat ini pengguna iPhone hanya ditawarkan storan pilihan bermula 32GB sehingga 256GB sahaja. Bagi kebanyakan pengguna iPhone, storan 32GB hanya mampu bertahan buat seketika dan ia kini tidak relevan untuk digunakan. Oleh itu, bagi pengguna yang inginkan storan yang lebih besar mereka perlu mengeluarkan wang yang lebih banyak.
Di dalam video yang anda akan tonton ini, seorang lelaki bernama Federico Cerva telah memulakan satu projek dimana beliau akan menghasilkan iPhone dengan kapasiti storan sebesar 512GB! Ya, 512GB untuk iPhone 7 miliknya. Projek yang dijalankan ini turut mendapat tajaan dua syarikat China iaitu Union Repair dan Qianli untuk cip yang digunakan.
Dalam video ini juga Federico Cerva melakukan proses penukaran cip hanya di atas meja usang beliau dengan beberapa perkakasan. Jika dilihat, Cerva sangat mahir dan cekap mengendalikan alat-alat yang digunakan serta cara beliau membuka dan memasang iPhone.
Setelah selesai, Cerva mengunjungi kedai Apple di lokasi yang tidak diketahui untuk membuktikan iPhone 512GB benar-benar wujud. Walaupun pada mulanya kakitangan Apple tersebut menganggap perkara itu mustahil untuk berlaku, di akhir video Cerva telah dipuji.
Pendapat kami pula, jika Apple benar-benar ingin menghasilkan iPhone dengan storan sebesar storan sebuah komputer, ia akan mengambil masa dalam beberapa tahun akan datang. Jika sekarang storan yang ditawarkan pada iPhone agak mahal, inikan pula untuk 512GB. Renung-renungkan.

