[Tertiris] Xiaomi Mi A2 Tampil Dengan Rekaan Kamera Seakan iPhone X

Jika model Xiaomi Mi 5X tahun lepas didatangkan dengan rekaan belakang seakan iPhone 7 Plus. Terbaru, kini tersebar di arena sesawang menunjukkan peranti Xiaomi Mi 6X untuk tahun ini hadir dengan rekaan mirip seperti iPhone X khususnya pada bahagian kamera utama.

Menurut sumber Mi 6X menggunakan paparan 18:9 menerusi skrin 5.99-inci. Peranti ini dikatakan bakal diperkenalkan pada acara MWC bulan hadapan malah ia juga akan dilengkapi cip Surge S2 dengan kuasa Octa-core (4xCortex-A73 2.2GHz dan 4xCortex-A53 1.8GHz) serta grafik Mali-G71 MP8.

Bagi yang masih belum tahu, Xiaomi Mi 5X dikenali di Malaysia sebagai Xiaomi Mi A1. Jadi untuk Xiaomi Mi 6X ia mungkin membawa nama Xiaomi Mi A2.

Reviu Eksklusif: Xiaomi Mi A1, Peranti Android Tulen + Dwi Kamera 12 Megapiksel

Sumber

You might also like