
Digi mengemaskini pelan pascabayar mereka, sekali gus memberinya nama baru iaitu Digi Postpaid. Digi Postpaid dinaiktaraf dari pelan SmartPlan, dengan memberi nafas baru yang lebih menguntungkan pengguna. Di antara tawaran baru yang boleh dinikmati adalah pembawaan kuota data yang tidak habis digunakan ke bulan hadapan serta memberi lebih kuota data berbanding dulu. Pelan terbaru Digi Postpaid versi lebih Internet, ditawarkan dari serendah RM28 sebulan dengan 1GB data, 50 minit panggilan & SMS serta 500MB kuota data yang tidak habis digunakan boleh di bawa ke depan. Pelan yang menjadi tumpuan adalah Digi Postpaid 68 dengan 6GB data, 2GB kuota boleh di bawa ke depan serta 150 minit panggilan & SMS. Manakala bagi pelan Digi Postpaid versi lebih panggilan dan SMS pula bermula dari RM28 dengan 500MB data dan untuk menikmati panggilan tanpa had, langganan bermula dari serendah RM68 sebulan bersama 3GB data. Tetapi pelan paling menarik di sini adalah Digi Postpaid 78. Selain panggilan tanpa had, ia memberikan 7GB data beserta 2GB kuota lebihan yang boleh dibawa ke depan.
Satu lagi yang menarik tentang pelan Digi Postpaid terbaru ini adalah mengenai perayauan data di luar negara. Kini Digi menawarkan pelan perayauan bajet, RM10 sehari di mana ia membolehkan pengguna mengakses permesejan sosial tanpa had, tetapi rangkaian harus dipilih secara manual. Perayauan bajet ini boleh digunakan di 9 buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan juga Australia. Jika mahukan perayauan data sepenuhnya, Digi masih menawarkannya pada harga RM36 sehari, tanpa perlu risau mengenai sambungan rangkaian di 9 buah negara tadi, malah data Internet juga tiada kuota. Untuk maklumat lanjut, apa kata anda layari sahaja laman rasmi Digi di digi.my/postpaid.
INFO: Tiga pelan tawaran terhebat iaitu Digi Postpaid 78, 128 dan 218 terbuka untuk pendaftaran sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Bagi yang mendaftar sebelum 30 Jun, anda dapat menikmati faedah pelan ini untuk selamanya.

