Tarikh Pelancaran Peranti Gaming honor Play Berlangsung Pada 7 Ogos 2018

Teknologi GPU Turbo yang dibangungkan oleh pengeluar China ini telah pun menerima harapan tinggi dari kaki gamer, dan peranti pertama honor yang akan hadir dengan teknologi ini iaitu honor Play juga akhirnya mendapat kepastian dari honor Malaysia mengenai tarikh pelancaran rasmi dijatuh pada 7 Ogos 2018.

Adakah prestasi honor Play setanding dengan peranti gaming seperti Razer Phone, Xiaomi Black Shark atau ASUS ROG Phone, masih tidak diketahui lagi. Apa yang boleh dipastikan adalah di bawah bantuan GPU Turbo, prestasi gaming tidak mungkin mengecewakan kerana teknologi ini mampu meningkatkan kelajuan dan kelancaran grafik sehingga 60% menurut pihak Huawei.

Apa-apa pun kita nantikan pelancaran rasmi bagi harga jualan honor Play.

 

You might also like