
Call of Duty: Mobile beri pengalaman pertempuran royale mudah alih mengalahkan PUBG Mobile?
Akhirnya, Call of Duty: Mobile tiba! Sejak diumumkan pada bulan Mac lepas, Call of Duty: Mobile kini telahpun tersedia di Android dan iOS – boleh dimuat turun bermula sekarang. Permainan ini dibangunkan oleh Activision dengan kerjasama Tencent dan merupakan yang terbaru dalam kegilaan pertempuran royale mudah alih.

Ia membawakan pelbagai watak dan tetapan yang dinikmati oleh peminat dalam permainan PC. Ketersediaan adalah percuma dan ia dikatakan menjanjikan kemas kini kandungan tanpa sebarang bayaran dalam beberapa bulan mendatang.

Permainan ini juga dikatakan mampu menyajikan sebuah pengalaman permainan yang mendebarkan dengan sentuhan grafik yang baik dan output frame terbaik. Bagi yang berminat, muat turun Call of Duty: Mobile menerusi :

