
Waze kini memperkenalkan – Waze for Cities Data yang dihoskan di Google Cloud Platform untuk penganalisaan tersedia. Ia membolehkan lebih daripada 1,000 rakan kongsi global mengakses data trafik Waze for Cities Data dengan lebih lancar – memudahkan penyemakan dan penganalisaan corak pengangkutan di samping mencipta pengvisualan menggunakan alat-alat Google Cloud.

Sebelum ini, Waze For Cities dikenali sebagai Connected Citizens Program dan telah dilancarkan sekitar Oktober 2014 – terhad kepada 10 negara. Kini, ia terus berkembang dan boleh di akses lebih ramai di seluruh dunia. Fungsi ini adalah percuma dan kolaboratif ini memanfaatkan teknologi mudah alih serta data lalu lintas sumbersama bagi memperkasakan majlis perbandaran dan responden dalam usaha memperbaiki infrastruktur bandar yang sedia ada.
Dengan adanya fungsi ini, pengguna waze mempunyai akses kepada alat gudang data terunggul BigQuery dan alat pengvisualan Data Studio. Alat-alat ini akan menjadikan penafsiran data lebih mudah untuk ditafsir dan dikongsi bersama para pengguna yang lain.
Di samping itu, pengguna juga boleh menyimpan dan menganalisa data mereka sendiri dengan selamat. Waze For Cities Data terbuka kepada semua – untuk memohon anda hanya perlu klik butang “Mohon Sekarang” di laman utama. Muat turun aplikasi Waze secara percuma menerusi :
_______________________________________________
Artikel Berkaitan:






