
Samsung Memenangi Kes Rayuan Menentang Apple
US Court of Appeals telah menarik balik keputusan mahkamah yang dibuat tidak lama dahulu ke atas perbalahan paten di antara Samsung dan Apple. Keputusan yang dahulunya berpihak kepada Apple telah dipertimbangkan dan diadili tiga hakim dan mereka sebulat suara menolak keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah rendah sebelum ini. Samsung kini secara sah telah bebas dari tuduhan menciplak fungsi “slide to unlock” dan “quick links” di dalam peranti mereka.
Menurut wakil Samsung, mereka sangat gembira dengan keputusan terbaru itu dan menyatakan kini persaingan berada di tempat yang sepatutnya, iaitu di pasaran dan bukan lagi di dewan mahkamah. Dalam pada masa yang sama Samsung memohon agar mahkamah tinggi mendengar satu lagi kes rayuan yang juga difailkan Apple terhadap Samsung pada tahun 2011.

