
Apple sekali lagi mengemaskini MacBook Air dan MacBook Pro dengan harga baharu serta promosi khas pelajar universiti.
MacBook Air kini hadir dengan cip pemproses Quad-core generasi ke-8, sokongan True Tone ke paparan Retina bagi tontonan yang lebih semula jadi, serta Touch ID. Harga baharu adalah RM4,699 bagi varian 8GB+128GB, manakala RM5,499 untuk varian 8GB+256GB. Promosi khas untuk para pelajar universiti turut diberikan dengan tanda harga RM4,299 (8GB+128GB) dan RM5,099 (8GB+256GB).
Bagi MacBook Pro 13 inci pula, penambahbaikan termasuk sokongan cip pemproses Quad-core generasi ke-8, paparan Retina dengan sokongan True Tone, Touch Bar dan Touch ID serta Apple T2 Security Chip. Tawaran harga baharu masing-masing adalah RM5,499 bagi varian 8GB+128GB, manakala RM6,299 bagi varian 8GB+256GB. Para pelajar universiti boleh dapatkan pada harga khas iaitu RM5,099 (8GB+128GB) dan RM5,899 (8GB+256GB).
Bagi yang berminat boleh beli melalui laman rasmi Apple mulai sekarang, sementara pelajar universiti boleh beli melalui Education Store Home. Buat masa kini MacBook Pro 13 inci masih tidak dibuka jualan lagi, dijangka akan tersedia pada masa terdekat ini.