Grab Menasihati Pengguna Untuk Rancang Perjalanan Awal Selepas 12 Julai

Seperti yang diketahui umum, undang-undang baharu e-hailing bakal dilaksanakan bermula 12 Julai ini. Namun yang menjadi kegusaran adalah hanya 10% pemandu Grab yang aktif berjaya memiliki lesen PSV.

Justeru, Grab menasihati pengguna agar merancang perjalanan dengan lebih awal untuk mengelak sebarang masalah.

Setiap hari, pemandu aktif akan menerima 1 juta tempahan perjalanan. Secara puratanya, penumpang boleh mendapatkan Grab mereka dalam tempoh 6 minit, namun semuanya mungkin akan berubah 12 Julai.

Kami menjangkakan pengurangan rakan kongsi pemandu yang aktif di jalan raya. Dengan permintaan untuk e-hailing yang semakin meningkat namun pemandu yang sedikit, pengguna akan terasa kesannya apabila terpaksa menunggu lama terutamanya ketika waktu kemuncak atau ketika hari hujan.

Ketika ini kami menasihati penumpang agar merancang perjalanan mereka. Antara yang boleh mereka lakukan adalah seperti berikut:

  • Lakukan tempahan awal dari biasa
  • Jangan batalkan tempahan kerana waktu untuk menunggu tempahan yang seterusnya akan mengambil masa yang lama
  • Elakkan melakukan tempahan pada waktu kemuncak (7-9 pagi dan 5 – 8 malam)

Sebelum ini beberapa rungutan daripada pemandu separuh masa yang perlu diberikan perhatian antaranya adalah mencari masa untuk mencari masa untuk menyelesaikan proses dalam jangka masa yang terhad sambil menyesuaikan kerja sepenuh masa dan Kesukaran menavigasi melalui proses permohonan merentasi pelbagai pihak berkuasa.

You might also like