Samsung Galaxy Watch Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM1199!

Akhirnya yang ditunggu sudah pun tiba! Samsung Galaxy Watch kini tiba di Malaysia dengan membawa pelbagai penawaran terbaik di samping reka bentuk yang menarik!

Samsung Galaxy Watch ini hadir dalam dua variasi iaitu iaitu 46mm dan juga 42mm. Dari aspek reka bentuk, ia menawarkan ciri-ciri moden yang mana hadir dengan rekaan muka jam bulat dan dilengkapi dengan skrin sentuh. Selain itu, jam tangan ini turut hadir dengan sokongan kalis air.

Samsung turut memaklumkan bahawa jam tangan ini menawarkan masa penggunaan yang sehingga 80 jam. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan jam tangan ini terus ke telefon pintar dan mengikuti pelbagai notifikasi terus ke Galaxy Watch.

Samsung mengatakan Samsung Galaxy Watch akan ditawarkan untuk para pengguna bermula 5 Oktober 2018 dengan harga RM1199 untuk model 42mm, sementara versi 46mm pula ditawarkan pada harga RM1299.

Kepada yang berminat anda boleh membuat pra tempahan bermula 1 Oktober 2018 (HARI INI) hingga 4 Oktober 2018. Paling menarik, pengguna yang membuat pra tempahan akan menerima tali jam tambahan bernilai RM109.

You might also like