

vivo Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan V11 dan V11i di pasaran tempatan dengan harga bermula RM1,299. Sebagai pelengkap kepada gaya hidup masa kini, vivo seakan menyambung dua komponen menjadi satu pada V11, iaitu teknologi dan fesyen.
Menariknya vivo V11, ia menawarkan dua pilihan warna yang jarang sekali dijumpai pada peranti lain. Dengan menggabungkan warna unik dan kontemporari, maka lahirnya dua warna istimewa iaitu Strarry Night dan juga Nebula. Edisi Starry Night diinspirasi daripada tema ruangan angkasa lepas yang menyaksikan gabungan warna biru dan hitam. Manakala, edisi Nebula pula hadir dengan gabungan warna biru dan ungu.
Sesuai dengan gaya hidup hari ini, vivo telah menampilkan paparan skrin besar 6.41 inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ yang turut memiliki sokongan sensor cap jari. Ia turut hadir dengan rekaan takuk kecil mirip titisan air yang dikenali sebagai ‘Halo FullView Display’.
