
Vivo tidak pernah ‘goyah’ dalam misinya untuk menampilkan peranti pintar yang sempurna. Vivo nampaknya berjaya mencuri perhatian ramai dengan menggunakan sejumlah kelebihan unik serta berbeza untuk peranti terbaharu mereka iaitu V11.
Selain penambahbaikan dalam sistem AI Selfie, V11 juga mampu memberi pengalaman meluas kepada para pengguna dengan pembantu Al Vivo iaitu Jovi yang hadir dengan ciri-ciri lengkap seperti Jovi Smart Scene, Google Lens dan Google Assistant.
Dengan kerjasama Google, kamera Vivo V11 telah diintegrasikan dengan teknologi Google Lens untuk membawa pengiktirafan imej AI kepada pengguna sekaligus membolehkan mereka mencari maklumat yang lebih terperinci tentang objek yang dilihat dalam gambar.
V11 juga dilengkapi dengan Google Assistant yang mana membantu pengguna dalam situasi seharian seperti peta navigasi, membeli-belah dalam talian, pengaturan perjalanan, muzik, video, dan juga media sosial.