
Vivo Malaysia baru-baru ini mengumumkan bakal melancarkan peranti baharu mereka iaitu vivo V11 dan V11i ke pasaran tempatan pada 13 September ini.
Setiap kali peranti baru dilancarkan, persoalan lazim yang ditanya oleh para pengguna adalah sama ada ia lebih berbaloi berbanding keluaran lepas atau tidak.
Okay, bagi menjawab persoalan itu. Kami akan mengupas lebih mendalam keistimewaan peranti ini! Jom now! Kita teroka sama-sama…
DEPAN
Panel hadapan peranti dilengkapi skrin bersaiz 6.41″ SAMOLED dengan resolusi FHD+. Berdasarkan pemerhatian kami, penampilan siri V vivo kali ini dilihat hadir dengan rekaan takuk yang sangat kecil dalam bentuk titisan air yang dikenali sebagai “Halo FullView Display”. Takuk ini sangat kecil dan kelihatan menyamai takuk skrin yang ada pada peranti Oppo 9.

Bahagian kamera hadapan, V11 dibekalkan dengan kamera sebesar 25 Megapiksel dan lebih menarik ia turut disokong dengan teknologi AI.
BELAKANG
Pada panel belakang pula menyaksikan sokongan dwi kamera utama 12MP + 5MP dengan kedudukan menegak di bahagian tepi sebelah kiri. Difahamkan, ia turut disokong dengan teknologi AI.

SISI KIRI DAN KANAN
Beralih pada bahagian sisi pula, bingkai kerangka logam peranti ini kelihatan dicat dengan warna hitam berkilau. Di samping itu, pada sisi kiri terlihat satu slot untuk kad yang berfungsi membawakan tiga ruang untuk dua kad SIM nano dan satu kad microSD.

Manakala pada sisi kanan, seperti biasa menyediakan butang laras suara dan butang kuasa yang direka dengan kedudukan mudah dicapai oleh pengguna.

ATAS DAN BAWAH
Pada bahagian atas, peranti ini kelihatan dibiarkan kosong. Manakala, pada bahagian bawah pula peranti ini dimuatkan dengan mikrofon dan speaker selain memberi akses kepada anda untuk mendengar muzik melalui bicu audio 3.5mm. Untuk unit pengecasan dan pindah data pula dilihat menggunakan bicu microUSB.
Baca juga :
- Vivo V11 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia?
- Vivo V11 Melepasi Pengesahan SIRIM! Pelancaran Di Malaysia Tidak Lama Lagi!
- Pra-Tempahan vivo V11 Kini Dibuka!
- [Tertiris] Skor Ujian Benchmark vivo V11 Kelihatan Menarik
- Vivo V11 Dilengkapi “Halo FullView Display” Bersama Dua Warna Eksklusif
- Vivo V11 Dilengkapi Dual Fast Charging Engine Yang Cepat Dan Selamat!
- Pra-Tempahan Vivo V11 Kini Tersedia Di Senheng dan SenQ
Haaa…Teruja takkkk? Okay, sama-sama kita nantikan 13 september ini untuk melihat sendiri penawaran penuh V11! [ Pelancaran ]