Mi Watch Bakal Muncul?! Sebuah Jam Tangan Pintar Yang Mampu Menonton Video!

5 November 2019 bukan sahaja boleh memperlihatkan kehadiran Xiaomi Mi CC9 Pro yang dilengkapi kamera berkuasa 108MP di dunia, bahkan jam tangan pintar Mi Watch juga akan dirasmikan bersama.

Menurut Xiaomi, Mi Watch boleh dikatakan adalah jam tangan pintar sebenar, yang mana ia akan beroperasi di bawah WearOS. Bermakna anda boleh membuat panggilan, melayari Internet bahkan menonton video pun tiada masalah.

Walaupun ia menyerupai Apple Watch, namun apa yang istimewa padanya termasuk sokongan cip pemproses Snapdragon 3300 yang berasaskan Snapdragon 429, WiFi/Bluetooth, GPS, NFC, eSIM, kapasiti bateri yang besar serta pembesar suara.

Mi Watch akan hadir dalam 2 pilihan warna, iaitu Hitam dan Perak, apa lagi yang hebat kita nantikan pelancaran pada 5 November.

 

 

You might also like