Maxis Menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE – Cabaran Ala ‘Amazing Race’

Maxis telah menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE, cabaran ala ‘Amazing Race’ yang menyaksikan para peserta mengambil bahagian dalam pengalaman digital yang unik menggunakan Penyelesaian Perniagaan Maxis. Seramai lebih 50 ahli Pemuda MRCA mengambil bahagian dalam acara tersebut, di mana mereka perlu memandu ke beberapa lokasi di Cyberjaya dan Putrajaya untuk menyelesaikan teka-teki dan pelbagai cabaran sebagai satu pasukan serta mencari ‘harta karun’.

Para peserta memulakan perjalanan mereka dari Cyberview Resort & Spa dengan menaiki kereta BMW, kemudian diberi tugasan secara digital melalui penyelesaian Maxis mWorkforce. Di antara cabaran yang perlu dilengkapkan dalam M-RACE ini termasuk menubuhkan sebuah kedai, membangunkan produk dan menjualnya melalui Maxis eCommerce, yang merupakan perkhidmatan menyeluruh yang dibina untuk PKS untuk memacu pendapatan dari e-dagang, dan termasuk pembangunan kedai web, pemasaran digital dan perkhidmatan analisis.

Mereka kemudiannya perlu menghantar produk tersebut menggunakan mDrive dan mengesan lokasi kenderaan lain sebagai salah satu daripada cabaran acara ini. Selain itu, peserta juga dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan trivia dan mencari harta karun di sepanjang perjalanan.

Pemuda MRCA yang terdiri daripada ahli-ahli yang berusia 40 tahun ke bawah, dilancarkan dengan matlamat untuk menggalakkan dan mengembangkan minda keusahawanan di kalangan golongan muda. Melalui kumpulan ini, MRCA akan berusaha untuk memupuk dan memperkasakan ahli-ahlinya melalui pendidikan, advokasi dan komunikasi.

Maxis telah bekerjasama dengan BMW Wheelcorp Premium, Samsung, Setia Haruman, Petronas, GHHS Healthcare dan Coca-Cola bagi acara yang menarik ini. Untuk maklumat lanjut, layari Penyelesaian Perniagaan Maxis atau hubungi talian di 1-800-82-1919.

You might also like