Nubia N3 Rasmi! Paparan Skrin Penuh + 5000mAh Bateri!

Khabar angin yang mengatakan Nubia akan melancarkan peranti terbaru N3, hari ini dikenalpastikan oleh pihak Nubia di China. Pengenalan baharu model Nubia N3 masih mengekalkan keistimewaan yang ada pada N2, merupakan sebuah peranti yang mengetengahkan ketahanan bateri.

Nubia N3 hadir dengan skrin IPS berukuran 5.99 inci dengan resolusi 2160×1080 piksel, apa yang beza dengan N2 adalah paparan skrin penuh nisbah 18: 9 ditawarkan pada badannya. Untuk mengekalkan prestasinya, peranti ini telah menggunakan Qualcomm Snapdragon 625 jauh lebih disambut ramai berbanding MediaTek MT6750 sebelumnya. Dipadu dengan 4GB RAM, ROM 64GB dan sokongan kad microSD, agak mengecewakan ia tidak tampil dengan Android terbaru Oreo, hanya Android 7.1 Nougat berasaskan Nubia UI disediakan.

Buat masa kini hanya kamera depan dapat diketahui membekalkan lensa 16 Megapiksel, manakala dwi-kamera utama masih tidak diketahui lagi. Nubia N3 yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar iaitu 5000mAh dan sokongan pengecasan pantas NeoPower 3.0 18W ini hadir dengan 3 pilihan warna menawan, termasuk hitam, emas dan merah.

 

You might also like