Beli Buku Dengan Kredit / Bil U Mobile Melalui booKu

U Mobile Sdn Bhd telah berganding tangan dengan empat penerbit buku digital tempatan dan serantau yang popular, iaitu SPH Magazines, Pubu eBook, FullAMark dan NovelPlus untuk melancarkan ‘booKu’.

‘booKu’ merupakan perkhidmatan pertama dilancarkan di Malaysia, yang membolehkan para peminat buku membeli buku dan majalah elektronik daripada beberapa penerbit buku seperti SPH Magazines, Pubu eBook, FullAMark dan NovelPlus, walaupun tidak mempunyai kad kredit. Bagi pelanggan U Mobile prabayar, pembelian buku dan majalah elektronik akan ditolak daripada kredit mobil mereka, manakala pelanggan pascabayar akan membuat bayaran dengan bil bulanan mereka.

Langkah-langkah Penggunaan ‘booKu’:

  1. Masuk ke App Store atau Google Play dan cari aplikasi rakan kerjasama ‘booKu’ – SPH Magazines, Pubu eBook, FullAMark dan NovelPlus.
  2. Muat turun aplikasi penerbit buku digital pilihan anda.
  3. Setelah aplikasi telah dimuat turun, sambung ke rangkaian U Mobile (3G/4G) untuk pendaftaran perkhidmatan.
  4. Kod akan dihantar kepada anda melalui SMS atau emel. Masukkan kod tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  5. Pilih bahan bacaan kegemaran anda daripada pelbagai tajuk dalam aplikasi. Pengguna kali pertama berpeluang menikmati promosi eksklusif untuk masa yang terhad. Sila layari U Mobile untuk maklumat lanjut.
  6. Akhirnya, anda boleh membeli buku elektronik dengan menggunakan kredit prabayar U Mobile atau melalui bil bulanan anda.
You might also like