Logitech G610 Orion Blue, Papan Kekunci Mekanikal Terbaru Dari Logitech

Hari ini, Logitech mengumumkan tawaran terbaru papan kekunci mekanikal melalui model Logitech G610 Orion Blue. Ia merupakan papan kekunci mekanikal bersaiz penuh yang mengintegrasikan teknologi industri terkemuka dan kualiti binaan premium di dalam reka bentuk unik yang direka untuk memberikan prestasi terbaik ketika bermain. Papan kekunci ini menggunakan kekunci mekanikal Cherry MX Blue, serta lampu LED putih.

Ciri-ciri Logitech G610 Orion Blue:

  1. Kekunci Berkualiti Dari Cherry

Logitech G610 Orion Blue menampilkan suis mekanikal Cherry MX Blue yang sangat dikenali di dalam industri papan kekunci. Suis Cherry MX ini telah melalui lebih 50 juta ujian tekanan kekunci dan sudah dipastikan kejituan prosesnya.

  1. LED Backlit

Anda boleh menggunakan Logitech Gaming Software  (LGS) untuk memilih dan menetapkan kecerahan papan kekunci mengikut cita rasa anda. Logitech juga menyediakan beberapa corak nyalaan untuk anda sesuaikan dengan setup PC anda.

  1. Butang Media

Logitech G610 Orion Blue mempunyai butang kawalan media khas yang boleh digunakan untuk media anda dengan pantas dan tanpa menggangu butang-butang lain.

  1. Kawalan Sepenuhnya

Dapatkan kawalan penuh dengan Logitech G610 Orion Blue melalui LGS. Sesuaikan permainan kegemaran anda dengan butang makro pada kekunci F1-F12.

Logitech G610 Orion Blue boleh dibeli dari wakil penjual Logitech pada harga RM 479.

You might also like