MWC 2017: Lenovo Memperkenalkan Peranti Produktiviti Dengan Model Miix 320, Siri Yoga dan Siri Tab 4

Dalam pameran MWC 2017, Lenovo selain memperkenalkan model terbaru bagi barisan smartphone Moto mereka iaitu Moto G5 dan G5 Plus, juga tidak ketinggalan memperkenalkan tablet serta komputer riba dari siri Miix, Yoga dan Tab mereka.

Lenovo Miix 320

Miix 320 merupakan komputer riba mudah alih yang menawarkan produktiviti Windows 10 di dalam pakej fizikal yang sangat mudah dibawa ke mana-mana. Konsep 2 dalam 1 Miix 320 membolehkan anda menggunakan peranti ini sebagai sebuah komputer riba dengan paparan FHD 10.1-inci atau menggunakan sepenuhnya unit paparan tersebut sebagai tablet mudah alih dengan berat hanya 550g.

Dengan 10 jam jangka hayat bateri, anda boleh melakukan kerja, menonton rancangan kegemaran dan juga bermain permainan tanpa perlu risau akan penggunaan kuasa. Miix 320 juga hadir dengan variasi yang menyokong sambungan LTE, jadi anda tidak perlu lagi membawa dongle Internet atau pun menggunakan smartphone anda sebagai mobile hotspot yang sekaligus akan menjejaskan bekalan kuasa peranti anda.

Harga

• Miix 320 (WiFi): bermula dari €269
(RM 1265.40), dijual bermula Julai 2017.

• Miix 320 (LTE): bermula dari €399
(RM 1876.94)

 

Yoga 520 dan 720

Ada kalanya pengguna mudah alih mahukan kuasa penuh dan kemampuan produktiviti PC di dalam sebuah mesin yang nipis dan ringan. Jadi Lenovo menawarkan Yoga 720 dan 520 yang hadir dalam variasi model 13, 14 dan 15 inci. Yoga 720 15 inci merupakan model paling berkuasa di dalam siri ini dengan dilengkapi pemproses i7 Intel Core Generasi ke 7, NVIDIA GeForce GTX 1050, sambungan Thunderbolt 3 dan bateri yang mampu menawarkan kuasa operasi sehingga 9 jam. Semua ini dilengkapkan di dalam kerangka setebal 14.3mm sahaja.

Lenovo Yoga 520 14 inci
Lenovo Yoga 720 13 inci
Harga

Yoga 720 (13″): bermula dari €999 (RM 4699.39), dijual bermula April 2017.
Yoga 720 (15″): bermula dari €1099 (RM 5175.36), dijual bermula April 2017.
Yoga 520 (14″): €599 (RM 2817.76), dijual bermula Julai 2017.

Siri Tab 4

Keluarga Lenovo Tab 4 menawarkan pengalaman multimedia dan hiburan mudah alih yang hebat, ia dilengkapi dual speaker dan Dolby Atmos (bagi model Tab 4 8 dan 10). Bagi variasi Lenovo Tab 4 8 Plus dan Lenovo Tab 4 10 Plus pula, model ini hadir dengan paparan HD penuh, pemproses berkuasa tinggi dan bateri yang mampu menawarkan masa operasi sehingga 12 jam.

Dengan sistem operasi Android, pengguna tidak akan terhad untuk menikmati pelbagai hiburan baik dari segi fail media, aplikasi, web dan bermcam-macam lagi. Dijangka siri Tab 4 ini akan memasuki pasaran pada bulan Mei.

Harga

• Tab 4 8: €169 (RM 794.99)
• Tab 4 10: €179 (RM 842.03)
• Tab 4 8 Plus: €259 (RM 1218.36)
• Tab 4 10 Plus: €299 (RM 1406.53)

 

 

You might also like