
Adakah Ini Gambaran Sebenar Samsung Galaxy S20 Ultra? Korang Rasa Macam Mana?
Samsung kini dalam persiapan akhir untuk acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 dan mereka dijangka muncul dengan barisan peranti baru yang inovatif – termasuk siri Samsung Galaxy S20. Menjelang pelancaran, imej didakwa memaparkan rekaan Samsung Galaxy S20 Ultra secara langsung dikatakan telah bocor. Jika diteliti, imej bocor yang dikongsi seakan-akan mengiyakan khabar angin yang bertebaran sebelum ini.

Seperti yang dapat dilihat, Samsung Galaxy S20 Ultra dilengkapi modul kamera yang besar dan menonjol. Ia terdiri daripada sokongan tiga kamera bersama LED flash pada bahagian atas dan lensa periscope pula diletakkan secara berasingan – terdapat tulisan “Space Zoom 100X” kelihatan bersama – sama dengan lensa keempat. Peranti ini juga dikatakan bakal menjadi yang pertama dibekalkan dengan dengan fungsi zoom digital 100X (masih ura- ura).

Adakah ianya benar? Maklumat tertiris masih lagi rumores dan sama – sama kita tunggu kemunculannya kelak pada 11 Februari ini (waktu Malaysia : 12 Februari, 3am)! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

