Acer Turut Perkenal Rangkaian Siri ConceptD Yang Berkuasa Dan Dipertingkatkan!

Dalam IFA yang sedang berlangsung pada ketika ini, Acer turut memperkenalkan siri Concept D yang dipertingkat sejajar dengan kepuerluan ‘content creator’ pada ketika ini.

ConceptD 3


Peranti ini tampil sesuai bagi content creator. hadir dengan saiz skrin 5.6 inci 100% gamut warna DCI-P3 dan paparan pengesahan Pantone. Turut disertakan dengan Kad grafik NVIDIA® GeForce® GTXTM1650 dan Pemproses Intel Core i7 generasi ke-9.

ConceptD 5

Hadir dengan skrin bersaiz 15.6 / 17.3 inci ultra tinggi (3840 x 2160) skrin IPS. Turut disertakan dengan Kad grafik NVIDIA® GeForceRTXTM 2060 dan dikuasakan oleh Pemproses Intel Core i7 generasi ke-9 beserta 100% gamut warna Adobe RGB dan paparan 4K UHD PANTONE.

ConceptD 7 Pro

ConceptD 7 Pro juga turut dikurang hebatnya apabila tampil dengan skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 4K. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7 generasi ketujuh dan dipadankan dengan kad grafik NVIDIA RTX Quadro 5000. Turut dihadirkan dengan ciri ConceptD Palette yang membenar pengguna menukar profil warna.

ConceptD 9 Pro

Peranti ini merupakan antara yang berkuasa bagi siri ini. Hadir dengan skrin yang besar iaitu 27 inci dengan paparan skrin sesentuh 4K. Turut hadir dengan CPU yang berkuasa iaitu ntel Core i9 generasi kesembilan beserta kad grafik yang baik NVIDIA Quadro RTX 5000. Ia turut disertakan dengan pena stylus Wacom EMR dengan 4096 tahap tekanan.

Bagi ConceptD 9 Pro/7 Pro/3 Pro ia akan tersedia pada November 2019 dan ConceptD 5 Pro akan tersedia pada Oktober 2019.

_______________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like