Acer Predator Orion 5000 Dan 9000 Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM9999

Acer turut melancarkan CPU terbaharu daripada merkeka iaitu Predator Orion 5000 dan 9000 bagi pasaran Malaysia. Predator Orion 5000 bakal dijual untuk pasaran Malaysia pada harga RM9999. Manakala bagi bagi Predator Orion 900 pula ia bakal dijual pada harga RM13299.

Dari aspek rekaan, ia dihadirkan dengan tingkap sisinya yang menunjukkan bahagian dalaman. IceTunnel 2.0 Acer mengeluarkan haba panas menerusi pengurusan aliran udaray ang mengasingkan sistem kepada beberapa zon thermal yang mana setiap satu mempunyai aliran udara sendiri.

Spesifikasi dalam kedua-dua CPU ini sangat berkuasa. Predator Orion 5000 dilihat tampil dengan NVIDIA GeForce RTX 2070 manakala bagi Predator Orion 9000 bula dihadirkan dengan NVIDIA GeForce RTX 2080. PAstinya ia memaparkan kesan grafik yang terbaik kepada pemain.

Predator Orion 5000 hadir dengan 8GB RAM dan 256GB SSD + 1TB HDD. Manakala bagi Predator Orion 9000 pula hadir dengan 16GB DDR4 RAM dan 512GB SSD + 2TB HDD. Jadi pengalaman gaming anda berada di tahap terbaik!!!

You might also like