
OnePlus Memuat Naik Video Tutorial Untuk Root Peranti OnePlus 2
Root merupakan teknik modifikasi perisian sistem operasi Android yang membolehkan pengguna mengakses keseluruhan sistem peranti dan melakukan sebarang ubah suai yang diingini. Melalui teknik ini pengguna dapat mengawal sepenuhnya operasi peranti, namun ianya tidak digalakkkan para pengeluar kerana peranti anda mungkin terdedah kepada ancaman keselamatan dan sebaik sahaja proses root dilakukan, jaminan peranti juga akan terbatal.
Jarang-jarang sekali kita melihat pengeluar mengeluarkan sebarang tanda sokongan kepada proses root, namum baru-baru ini OnePlus telah memuat naik video tutorial cara-cara melakukan proses root pada peranti OnePlus 2. Selain itu, mereka juga menyediakan fail sokongan kepada pengguna untuk melakukan operasi tersebut.


