iTunes Radio Menghentikan Akses Percuma

iTunes Radio merupakan servis muzik yang diperkenalkan Apple pada tahun 2013 bagi membolehkan pengguna mencipta stesen muzik dengan garapan cita rasa sendiri, namun servis percuma tersebut bakal dihentikan tidak lama lagi.

apple-music-on-iphone-1

Apple telah mula menghantar email notifikasi kepada pengguna dengan mengumumkan iTunes Radio tidak lagi boleh diakses bermula 28 Januari. Walau bagaimanapun pengguna masih boleh menikmati servis seumpamanya melalui Apple Music dengan bayaran bulanan. Beats 1 radio masih akan dikekalkan, namun servis muzik tersebut tidak membenarkan pengguna melakukan ubah suai kepada galeri muzik yang dimainkan. Bagi mereka yang masih menginginkan servis radio percuma, bolehlah mencuba Google Play Music.

You might also like