
Kapersky Menawarkan Antivirus Percuma
Servis antivirus percuma amat mudah didapatkan pada masa kini, ramai pembina aplikasi antivirus sedar mereka harus mengubah model servis tersebut dengan menawarkan pakej percuma untuk pengguna dan mengenakan bayaran bagi fungsi tertentu.
Kini syarikat sekuriti teknologi dan data terkenal Kaspersky, telah turut serta dalam menawarkan antivirus percuma. Versi percuma Kaspersky menggunakan sistem dan protokol yang hampir sama seperti versi berbayar, namun fungsi yang ditawarkan adalah terhad. Versi percuma ini boleh digunakan untuk memberi perlindungan asas kepada perisian anda dan ketika melayari Internet, tetapi ketika ini versi percuma hanya ditawarkan dalam bahasa Rusia sahaja. Pihak Kaspersky dijangka akan melancarkan versi tersebut dalam bahasa lain tidak lama lagi.

