Samsung Dipercayai Telah Mengemaskini Rekaan Slot S Pen Pada Galaxy Note 5

pic ekstra_meitu_1

Pada awal kemunculan Samsung Galaxy Note 5 di pasaran, ramai pengguna yang merungut akan masalah S Pen yang akan tersekat di dalam slotnya apabila ianya dimasukkan secara terbalik. Isu ini telah mendapat perhatian yang sangat meluas dan satu istilah baru telah diwujudkan untuk merujuk kepada masalah tersebut yang dipanggil sebagai ‘Pengate’. Menarik keluar S Pen yang diletakkan secara terbalik di dalam slot tersebut secara kasar akan mengakibatkan kerosakan mekanisma penting, sekaligus akan merosakkan sensor khas untuk melancarkan Air Command.

02
: Mekanisma pengesan S Pen telah diubah suai bagi mengelakkan kerosakan sekiranya S Pen salah dimasukkan. Gambar kiri merupakan rekaan yang telah dikemaskini, manakala gambar kanan pula adalah rekaan lama.

Menyedari akan isu yang dihadapi itu, pihak Samsung sendiri telah mengingatkan kepada pengguna Galaxy Note 5 agar tidak memasukkan S Pen secara terbalik di dalam slotnya. Tetapi tanpa disedari, baru-baru ini nampaknya Samsung telah mengemaskini rekaan slot S Pen pada phablet generasi kelima keluarannya itu tanpa sebarang pengumuman dibuat. Berdasarkan kepada gambar yang diperolehi, mekanisma pengunci yang juga bertindak sebagai sensor Air Command telah diubah suai supaya tidak lagi akan tersekat sekiranya S Pen dimasukkan secara terbalik.

You might also like