LG OLED dan LG Super UHD Terbaik Dalam Arena TV

LG eletronik meneruskan inovasinya ke barisan hadapan dengan memenangi beberapa anugerah pengiktirafan tertinggi oleh pengguna di AS. Paparan OLED juga telah diperkenalkan pada tahun 2013, dan sehingga kini ia masih lagi relevan untuk digunakan.

Model yang mengambil tempat dalam pelancaran di Korea ini ialah LG SIGNATURE OLED TV dengan rekaan nipis seperti pisau, B7 dan C7 LG OLED TV yang boleh dilekatkan di dinding. Menurut Brian Kwon, pengerusi hiburan rumah LG Elektronik, teknologi OLED adalah teknologi terbaik yang ada pada TV buat masa ini.

Selain itu, TV OLED ini menghasilkan gambar berkualiti, sudut pandangan baik, dan serba boleh dalam setiap prestasi. LG juga yang pertama mengeluarkan TV OLED dalam industri dengan pelbagai pilihan saiz. Tidak seperti teknologi LCD, ia tidak mampu menghasilkan warna hitam yang jitu. LG juga telah menduduki carta teratas yang menyediakan teknologi Nano Cell iaitu paparan terbaik pernah diletakkan pada TV jenis LCD.

Kedua-dua LG OLED dan LG SUPER UHD TV boleh memainkan format dalam bentuk HDR termasuk HDR10, Dolby Vision dan yang terbaru HLG HDR. Disamping itu, kesemua model TV LG 2017 telah memangi anugerah TV pintar menggunakan platfom webOS 3.5.

You might also like