
Mula diperkenal pada Julai yang lalu, kehadiran peranti pintar Huawei Nova 3 ke pasaran tempatan dilihat mendapat perhatian dan disambut baik oleh pelbagai pengguna.
Kali ini, Huawei sekali lagi memberi kejutan dengan menampilkan edisi ekslusif Nova 3 yang berwarna Primrose Gold sebagai warna terbaru telefon pintar ‘flagship’ itu selepas melancarkan warna Iris Purple (ungu), Black (hitam) dan Red (merah) sebelum ini.
Lebih menariknya, Nova 3 versi Primrose Gold kali ini hadir dengan tona warna berbeza di samping menerima sentuhan ekslusif sekaligus direka khas untuk menambat hati pengguna!
Huawei Nova 3 adalah peranti yang lebih memfokuskan kepada generasi pemuda-pemudi, terutama mereka yang suka mengambil gambar dengan peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci IPS LCD FHD+ di samping menggunakan cip pemprosesan Kirin 970 bersama memori 6GB dan storan sebesar 128GB.
Bagi aspek kamera pula, Huawei Nova 3 direka dengan kamera utama 24MP + 16MP manakala kamera swafoto pula menggabungkan dwi kamera sebesar 24MP + 2MP.
Teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ketersediaan peranti ini yang akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi!
Baca juga :
- Reviu Eksklusif: Huawei nova 3i, 5 Perkara Yang Kami Minat
-
Pandang Pertama: Huawei nova 3 & 3i, Peranti Setaraf Dengan P20?!