Tempahan Hotel Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi Hotels.com

Aplikasi Hotels.com merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan penggunanya menempah perjalanan di samping mendapat penjimatan serta-merta dan menikmati penginapan percuma untuk perjalanan akan datang.

Seiring dengan perkembangan era teknologi, Hotels.com kini memperkenalkan ciri baharu iaitu arahan suara menggunakan fungsi Siri untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat mengenai tempahan, alamat, peta, dan waktu daftar masuk hotel.

Dengan ciri baharu ini, kini pengguna hanya perlu memberi arahan suara dihujung bibir tanpa perlu mengakses aplikasi pada peranti. Fungsi ciri baharu ini boleh dinikmati melalui Sistem Operasi (OS) Apple yang baru dilancarkan iaitu iOS12.

You might also like