
The Multimedia Development Corp (MDeC) telah melancarkan program perkongsian kenderaan yang membolehkan staf syarikat tersebut bergerak ke lokasi tertentu dengan cara yang lebih mesra alam. MdeC telah bekerjasama dengan Cohesive Mobility Solution (Comos) dalam program tersebut sebagai pembekal kenderaan elektrik.
Selepas ini staf MDeC akan menggunakan kenderaan elektrik untuk bergerak ke mesyuarat dan program luar. Langkah tersebut diambil sebagai salah satu usaha menyokong matlamat menjadikan Cyberjaya bandar pintar tetapi dalam pada yang sama mesra alam. Datuk Yasmin Mahmood (MDeC CEO) berkata beliau berharap usaha yang ditunjukkan itu bakal membuka mata masyarakat dalam menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.

