[Tertiris]: Imej Bahagian Belakang Siri Vivo S kini Terdedah!!! Tampil Dengan Sistem 3 Kamera

Peminat Vivo dan telefon pintar pastinya teruja apabila imej bahagian belakang peranti terbaharu Vivo iaitu siri Vivo S telah terdedah. Dari imej tersebut, dapat dilihat bahawa peranti tersebut hadir dengan AI Triple Camera yang sama dengan siri V15 dan siri Y17.

Kamera peranti ini mungkin tampil dengan kamera utama + Super Wide-Angle + Depth. Lebih menarik bahagian belakang telefon pintar ini tidak terlihat pengimbas cap jari. Ini bermakna kemungkinan peranti ini hadir dengan pengimbas cap jadi yang ditanam pada skrin.

Dari imej yang dilihat, terdapat 2 pilihan warna yang sangat menarik iaitu Diamond Black dan Skyline Blue.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Vivo dan Facebook Vivo Malaysia.

You might also like