Khabar Angin! iPhone 7 Bakal Sokong Fungsi Kalis Air Dengan Butang Home Jenis Sentuhan

Gambar ini hanya sekadar ilustrasi sahaja.
Gambar ini hanya sekadar ilustrasi sahaja.

Apabila disebut sahaja tentang peranti Apple, model iPhone adalah antara yang paling popular dan sangat dinanti-nantikan kemunculannya. Jadi tidak hairanlah banyak pihak cuba mencari apa jua maklumat berkaitan peranti keluaran Apple ini.

Sebagaimana yang diketahui, berita khabar angin yang tersebar mengenai iPhone 7 yang bakal menjadi peranti pertama keluaran Apple yang kalis air bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun diperkatakan sejak hujung tahun lepas lagi.

Baru-baru ini khabar angin itu sekali lagi timbul dan pada kali ini ianya telah didedahkan sendiri oleh salah satu daripada pembekal perkakasan Apple. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi itu, iPhone 7 sudahpun melepasi peringkat ketiga dalam ujian kalis air dan debu.

Menurut sumber itu lagi, iPhone 7 juga akan turut dilengkapi dengan butang Home capacitive jenis sentuhan. Malah ia juga dipercayai hadir dengan teknologi 3D Touch dan memiliki kerangka yang sangat nipis antara 6mm dan 6.5mm.

 

You might also like